Saturday 2 November 2013

Eksperimen sifat Garam Buluh

Salam semua..

Entri kali ni ana nak share pasal eksperimen garam buluh untuk uji sifat alkali garam ni.

A) Kesan garam buluh terhadap air minuman (RO)
B) kesan garam buluh terhadap air zam zam
C) Kesan garam buluh terhadap iodin

A : Dalam gambar ni, air yang dalam botol tu air minuman (RO) & dalam bekas kaca tu pulak air yang sama bertukar warna dari putih ke kuning lepas diuji dengan cecair pH tester. Kalau refer pada kad warna pH, warna kuning sifatnya berasid. 
Badan kita ni memang berasid, sebab setiap benda hidup yang berdarah sifatnya berasid. Cuma yang membezakan setiap orang adalah tahap keasidan badan masing-masing. Badan yang lebih berasid mudah untuk diserang penyakit.

A (1) : Air minuman tadi tu bila campurkan sikit dengam garam buluh, akan bertukar warna daripada kuning ke biru. Dua warna yg berlainan ; biru dan kuning menunjukkan perbezaan sifat air minuman tu..bahagian atas yang berwarna kuning tu berasid, bahagian bawah yang berwarna biru (yang ada garam buluh) beralkali. Refer pada kad warna pH, warna biru bersifat asid. Semakin rendah bacaan pH, semakin berasid, bermakna warna pH semakin kuning. Tapi semakin tinggi bacaan pH, semakin beralkali, bermakna warna pH semakin biru.

A (2) : Warna air selepas dikacau bertukar jadi biru.

Kesimpulannya: Garam buluh bersifat alkali dan mampu mengubah sifat asid air minuman kepada alkali. Air minuman ni tak sesuai untuk diminum ye..selain daripada sifatnya yang berasid, air minuman ni tak ada garam mineral yang diperlukan untuk tubuh badan. Jadi, minumlah air mineral ye..

B : Jom uji sifat air zam zam pulak. Air zam zam memang semulajadi bersifat alkali. Jadi bila kita uji dengan pH tester, warna air akan bertukar menjadi biru. Tak perlu lagi nak uji dengan garam buluh sebab kedua-duanya bersifat alkali..kalau campur garam buluh sekalipun, warna air tetap sama..biru.

C : Kali ni nak test garam buluh dengan iodin pulak. Dalam gambar ni, cecair dalam bekas kaca tu sebenarnya campuran beberapa titik iodin ke dalam air biasa. Warna iodin ni oren kan.

C (1) : Cuba perhatikan warna dalam bekas kaca ni. Nampak macam ada 2 lapisan kan? Sebenarnya dah campur sikit garam buluh dalam campuran iodin tadi..garam buluh yang mendap kat dasar bekas tu bertukar warna daripada oren ke putih.

C (2) : Air dalam bekas dah bertukar warna jadi putih selepas dikacau.

C (3) : Masa untuk uji sifat air yang ada campuran garam buluh tadi. Warna putih air tadi dah bertukar jadi warna biru lepas diuji dengan pH tester. Lapisan nipis bahagian atas tu lepas titikkan dengan pH tester (cecair warna oren)

C (4) : Air tadi bertukar warna kepada biru selepas dikacau.

Kesimpulannya : Garam buluh mampu mengubah sifat asid iodin kepada alkali. Iodin ni racun ye. Memang berbahaya kalau tertelan. Tapi kalau ade garam buluh yang protect badan kita, insya Allah selamat. Sebab tu penting untuk kita ambil garam buluh ni.

Apa punca badan kita berasid? Puncanya daripada makanan yang kita makan. Semuanya bersifat asid..semuanya racun untuk badan. Tapi macam mana nak elakkan daripada makan, betul tak? Apa pun kita tetap kena makan. Tapi kita boleh elakkan daripada penyakit-penyakit macam tekanan darah tinggi, jantung, kencing manis, gout, buah pinggang, gastrik dan sebagainya dengan pengambilan garam buluh.

Ok, thanks for reading...sekian dulu untuk eksperimen garam buluh ye..hihi.